Thursday, March 24, 2011

Kekasih Awal Akhir

Salam kasih sayang.. Apa khabar hari ini? Harapan CL agar kawan2 semua sentiasa ceria dan jangan berputus asa terhadap rahmat Allah. Kalau kita rasa kita ada buat dosa, sama ada kecil atau besar, termasuk diri CL ni, yang kadang2 jahat, kadang2 baik..kadang2 nak jadi baik, ada saja kawan ajak mengumpat, CL ikut. kenapa? IMAN CL TAK KUAT. Pernah tak mengalami situasi ni, kita kalau boleh taknak ambil tahu pun hal orang lain (bukan penting diri!), maksud CL, benda2 yang sepatutnya kita tidak perlu tahu, yang tiada kaitannya langsung dengan kita, contohnya, kita kenal seorang kawan kita, perangai dia tidak menjadi masalah bagi kita, tiba-tiba datang seorang lagi kawan, beritahu kita keburukan dia. Rimas kan? Kita nak elak dosa, tapi kadang2 tertumpah jugak sisa dosa tu kat helaian bersih buku amalan.
Maka, dengan dosa2 yang kita rasa kita tidak sengaja lakukan, apa kita nak buat? buat tak tahu?
Tentu tidak! Segeralah minta ampun pada Allah. Allah sangat baik. Bukan sangat lagi dah, tapi MAHA BAIK. MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG. Segala pujian keatasMu ya Allah.
CL dapat nota cinta. CL ingat nak kongsi, nak tunjuk dekat kawan2 betapa baiknya kekasih CL. U guys tak perlu jealous, sebab kekasih CL ni sayang u guys jugak. Entah2 lebih dari Dia sayang CL. Tapi, CL tak cemburu, sebab CL pun akan sayang siapa2 yang sayang pada si Dia.
Allah berfirman:


"Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah"… (al-Zumar: 53).


Lihat? Antara tanda cintaNya kepada kita.Dia masih lagi memberi kita peluang untuk merebut rahmatNya walaupun dosa-dosa yang dilakukan menggunung tinggi. Sejahat mana pun seseorang itu, andai masih lagi "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah", tempatnya berakhir disyurga insyaAllah. Pintu kasih sayangNya sentiasa terbuka. Sayangnya Dia pada kita. Ketahuilah rakan2 yang CL sayang kerana Allah, kasih sayang Allah itu merupakan salah satu diantara beribu2 rahmatNya.

Sayangnya Dia pada kita..

Ya Allah, aku ini, hambaMu yang seringkali mungkir janji ya Allah. Kumohon keampunan, kulakukan lagi kesalahan. Ya Allah, dengan hina ya Allah, tanpa rasa malu aku meminta bermacam2 perkara. Itu aku nak, ini juga aku mahu. Andai dinilai ya Allah, amalanku terhadapMu, selayaknya, satu apa pun tidak patut diberikan untukku. Tapi Engkau ya Allah, Engkau berikan jua hamparan rahmat, kau sebarkan jua kasih sayangMu. Aku malu ya Allah, aku malu..


Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt berfirman, ‘Wahai Anak Adam (manusia)! Sesungguhnya apa yang kamu minta dan harapkan kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai Anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencapai awan di langit (sejauh mata memandang ke langit), kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai Anak Adam! Sesungguhnya andaikata kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa (kecil) sepenuh isi bumi, kemudian kamu bertemu dengan-Ku (mati dengan memohon ampun dan tanpa berbuat syirik), tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun, niscaya Aku akan mendatangkan ampunan kepadamu sepenuh isinya pula.”(HR. Tirmizi)

Sayangnya Allah pada kita.

We love ALLAH

No comments: