Thursday, March 31, 2011

Atok, Nenek dan Cucu

Salam kasih sayang. Hari ni CL duduk rumah saja. Main-main dengan adik CL yang kecik. Penat jugak layan adik kecik. Tapi seronok. Macam2 benda dia nak buat. Nak mandi dalam besen besar kat luar rumah. Swiming pool la konon. haha.
Semalam, CL balik rumah nenek. Penat jugak tolong sepupu buatkan dia punya U.P.U.Nak dikemaskini. Line internet kat kampung tak berapa nak kuat. So, CL masuk tidur jam 6.30 pagi selepas solat Subuh.
Bayangkan....
Pagi tu, tetibe nenek kejut. " Ina..kunci keretone nang endi? (kunci kereta kat mana?) Atok nak pergi klinik. Nak undur kereta."
Aduh nek...Terkebil2 CL bukak mata. Dek kerana terlalu sayangkan nenek, CL bangun. Sebenarnya, CL kalau tak kerana perkataan 'Atok', CL nak je pura2 tidur. Tapi.....
CL memang takut dengan Atok. Atok CL garang. Maklumlah, masa zaman Jepun dah puas kena sepak terajang. Belum lagi dengan pukulan Komunis dan bagaimana Atok and The Gang berkorban nyawa menentang penjajah. Pernah CL suruh Atok cerita zaman dia remaja, Atok nangis. Kenapa? Atok tengok dengan mata sendiri, kawan baiknya meninggal selepas ditembak Komunis. Ibu pun cakap, Atoklah lelaki tergarang di kampung Labohan Dagang. Gulp...
Pernah ada satu pertandingan untuk anak2 muda masa zaman ibu muda-muda dulu.
"Sesiapa yang berani, pergilah tegur anak dara Wak Karimun tu." Sampai macam tu sekali.. Bayangkanlah Atok CL garang mana.
Tapi sekarang dah tak garang macam dulu. Cuma, biasalah, masih ada sisa2. Takkan la tetibe Atok berubah terus jadi awwwww (softy) kan?
Nak dijadikan cerita, CL punya kalut nak cari kunci kereta bila nenek bgtahu Atok nak undur kereta, sampai CL jatuh kat tangga terpijak kain. Alhamdulillah, kalaulah terjatuh kebawah, tak tahulah apa jadi.
Atok pergi klinik naik motor bila kunci kereta CL, CL lupa letak kat mana. Yelah, baru aje tido, dah disuruh otak ni mengingat longitud dan latitud kunci kereta. Atok punya marah, malaslah nak cerita. 
CL sambung tidur. Atok balik. Atok tanya " Mahu masak apa hari ini engkau, Na?" Atok memang suka menggunakan bahasa Melayu dulu2. Jiwa retro kot? Jarang cakap Jawa kalau dengan CL. Tak macam nenek. Cuma Atok pernah pesan " Rugi anak Jawa, tidak tahu bercakap dalam bahasa Jawa". Ala Atok ni..
Bila Atok tanya CL nak masak apa, fuhhhhh...memang nak terpengsan CL. Masak?? Alamak.. Nasi pun belum tanak tok oi..Anak dara baru bangun tidur. 
Kelajuan langkah kaki tak payah nak kata, zupp!! Laju giler CL lari ke dapur cam nak lawan Explorace. Nasi dah tanak, nak masak lauk pulak. Nenek tak ade kat rumah. Sekali.......satu apa pun tak ada kat fridge. Kurma Ramadhan tahun lepas ada la..aduh, ni saja nak bagi ujian cari menantu ke apa ni nek???
CL cari, selongkar, terbalikkan almari (tipu nih)..jumpa pun!! Bolehla, telur,kicap,sos, bawang, kentang, sayur bendi sikit.....apa lagi tah.
Seng!!!! Bunyi minyak panas. CL masak.. Nak nyanyi kat dapur pun seram. haha. Tengah masak2, CL nampak nenek. Ewah..steady betol nenek. "Nek!! Dari mana?" CL tanya. " Dari belakang rumah, kemas sikit."
Nak terduduk dengar. Kalau CL tahu, CL panggil je nenek suruh masak.haha..cucu yang kejam. Yelah, baru je nak tidur. Atok yang dari tadi duduk kat kerusi malas coklat mula bersuara. " Engkau masak sahaja nasi, Atok carikan lauk". Atok ni..cakap dari tadi kan senang?
" Tak apelah Tok, sikit aje Ina nak masak ni", jawab CL sopan kononnya. Atok pun keluar.

*****

Setelah beberapa ketika.....
Fine!!! Dek ketakutan nasiku LEMBIK.. TIDAK!!!!!!!!!!!
Atok pun balik, Atok ni suka buat saspen. Time2 klimaks ni pulak Atok balik.
" Sudah makan engkau, Ina?" Atok tanya. Rasa cam nak muntah darah pun ade.. Habesla..matilah aku. Macam mana ni? Nasi lembik. Hadoi...
Nenek pulak berlama2an dalam bilik air. Terus CL report kat nenek tentang kondisi nasi berkenaan. Nenek cool je jawab, " Tak apalah, dah masak kok, ye wes". Aduh nek!!

CL tengok aje Atok ambil nasi, dia makan. Senyap. Lauk yang dibeli, CL hidang sekali. Lepas tu, nenek pulak ajak CL makan. Nenek kata...

" Haa...senang Atok sama Nenek mahu makan, macam makanan bayi, tak penat nak kunyah."

Patutla Atok diam..hahaha..senang nak telan rupanya. 
Akhir kata, saya sayang Atok sama Nenek saya.. Mmmmuuaahh.. Wassalam.


Adik Ain Adilla
Nasi lembik
Sayur Tumis plus with ikan bilis
Telur Goreng Kicap
Lauk backup, Ikan Tilapia Masak Cili Api dan Sayur Lemak Pucuk Ubi
Makan Tengahari

Agak2 kan, CL dah boleh kahwin belum? hehehe...

No comments: