Friday, March 11, 2011

Cintaku Tertinggal Di Palestine, Jasadku Terbujur Di Malaysia.

Assalamualaikum..salam cinta salam kasih sayang. Alhamdulillah,pagi ini CL bangun,masih lengkap anggota badan,masih bernafas dan masih ingat pada Allah.alhamdulillah syukur ya Allah.nak coret2 ape hari ini ya?oh ye...pagi semalam (10.3.2011),CL dapat result paper Communication.walaupun CL majoring dalam Psychology dan minoring dalam Islamic Revealed Knowledge,memang menjadi polisi IIUM@UIAM ingin menjadikan siwa dan siswinya sebagai seorang yang all-rounded.dalam bahasa,semua boleh.. :) alhamdulillah,melepasi target. Cukuplah dahulu. Sepanjang minggu ini,tak silap CL dari 8 hingga 12 haribulan Mac,merupakan AL-QUDS WEEK di UIA.banyak booth2 dibuka oleh student2.menjual buku,pakaian,kerepek2.segala hasil kutipan akan disalurkan terus ke tabung AL-Quds.Seronok CL.lagi2 ade kedai buku..(sanggup lambat makan semata2 nak beli banyak buku).ibarat anak kecil diberi gula2.mcm tu la ibaratnya bila CL dipertemukan dengan buku. selain tu,tabung2 ni berjalan didalam kelas.sambil menadah telinga mengutip suara2 lecturer dalam menyampaikan ilmu Allah,ibadat bersedekah juga turut diaplikasi.moga2 sedekah yang tidak seberapa ini diterima Allah.amiin..selain tu,ade jugak tayangan video,wayang pacak,pameran2 bersempena dengan al Quds.sesiapa yang tidak tahu apa itu al Quds,CL terangkan la secara ringkas mengikut pemahaman cetek CL ni.Al Quds ni refer kepada Baitul Maqdis@ Palestin. serba sedikit sudah dapat kan?salah satu pameran yang buat CL menangis (CL sensitif,tengok cerita Leftenan Adnan pun boleh nangis) ialah gambar mayat2 anak2 Palestin,bentuk2 penyiksaan rakyat2 Palestin yang dikerjakan teruk oleh Israel LAKNATULLAHI'ALAIKUM!! juga gambar penghuni2 syurga yang mati dalam kematian yang PALING mulia didunia dan disisi Allah, MATI SYAHID.gambar tokoh terkenal,Syeikh Ahmad Yassin yang bersepai otaknya dibom tentara Israel yang bacul,ketika beliau diatas kerusi roda,disorong oleh pembantunya.kalau tak silap CL,beliau baru pulang menunaikan solat Subuh.semoga SYEIKH AHMAD YASSIN dan pembantu2nya yang juga turut syahid insyaAllah,ditempatkan dikalangan mereka yang dimuliakan Allah disana.amiin..seusai melihat pameran itu yang betul2 berlokasi di Female Entrance SHAS Masjid,IIUM,CL segera menyedekahkan Fatihah untuk mereka.kadang2 kita lupa,Fatihah kita hanya disedekahkan untuk ahli keluarga yang sudah tiada sahaja.jangan begitu,ingatlah,Fatihah pertama untuk Rasulullah,diikuti dengan para Sahabat,ibubapa dan sesiapa sahaja samada yang hidup ataupun yang meninggal dunia.(Fatihah bukan untuk disedekahkan pada yang sudah meninggal aje tau?)tidak ketinggalan,para syuhada' yang syahid. Tok Janggut contohnya. Luaskan perspektif anda! 
Namun dalam keseronokan CL menghayati minggu Al Quds ni,ada beberapa perkara yang CL amat sedih..
1.dalam perjalanan pulang menuju ke Mahallah,CL rasa teruja melihat bendera2 Palestine menghiasi seluruh UIA.ada satu bendera yang paling besar,yang CL anggar2 boleh balut 50 orang.tiba-tiba ada seorang sister bertanya pada CL : "bendera apa ni ye?" 
2.ketika kutipan derma AL Quds berjalan didalam kelas, CL tidak mahu ketinggalan merebut pahala percuma yang Allah bg( bukan makanan free je nak rebut),ada dikalangan teman2 yang membuat muka seolah berkata :"ish,derma je! tadi aku da derma da".
3.kata2 seperti "derma lagi!" "aku tak ade duit kecik la", "ape ni?x nak lah" sering kedengaran.
 ya Allah,kumohon ampun untuk kawan2ku yang tidak peka ini ya Allah.semoga Engkau campakkan sedikit rasa kasihan dalam hati mereka.
KENAPA PERLU BEGITU?? tidak pekakah kamu?ISLAM sedang ditindas! Baitul Maqdis itu milik kita.jangan kikir! andai tidak mahu menderma pun,jangan keluarkan kata2 itu.sangat jelik CL melihatnya.tidak kasihankah pada saudara2 kita disana yang SANGAT mengharapkan bantuan kita,doa kita? kita ni,nak pergi berjihad kat sana pun,belum tentu lagi.tambahan dengan iman yang lemah amat. hulurlah sedikit kerana Allah dan kerana kasih sayang.memang,setakat seringgit dua itu tidak mampu untuk membeli sebuah helikopter atau bazooka,tp,sekurang2nya andai dikumpul2 ianya akan menambahbanyakkan jumlah yang sedia ada.melengkapkan yang kurang. ingat kisah burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S? Dia berkata : "walaupun air yang ada dalam paruh ku ini,tidak mampu memadam api yang besar,namun Allah melihat usahaku".( kalau salah,betulkan ye?)
CL kecewa dengan segelintir yang tidak mahu ambil pusing. Andai terjadi pada ibu,ayah atau anak2mu,baru kamu rasa agaknya?
Apapun,ingatlah,kemenangan milik KITA satu hari nnt,untuk saudara2ku disana,aku disini amat jauh untuk membantu kalian,yang ada hanyalah titipan doa dan sedikit BOIKOT aku lakukan.aku akui,aku lemah,tiada sumbangan yang aku berikan.aku hanya mampu berdoa agar satu hari nanti,dapat kukirimkan pahlawan2ku kesana seperti yang dilakukan AL KHANSA. cintaku untuk Malaysia memang tinggi,tapi,cintaku pada PALESTINE mengatasi. wallahua'lam .
sedikit untaian keberanian dari AsSyahid SYEIKH AHMAD YASSIN :

"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi." AL FATIHAH.


as Syaheed Syeikh Ahmad Yassin.

al Fatihah..Syeikh Ahmad Yassin 

Syurga buat kalian,anak2 Palestine

Adikku sayang, asid FOSFORUS dimulutmu menyakitkan kamu ya?
"Bakal anak2 Umi,andai kalian meminta izin dari Umi untuk berjihad di Palestine,insyaAllah,Umi redha dan tidak akan menghalang.Tetapkan i'tiqadku ya Allah."

No comments: