Sunday, March 20, 2011

Diri Ini TIDAK Layak Dicintai

Hari ini, alhamdulillah masih bernafas, masih juga mampu melihat, masih juga kadang2 alpa membuat dosa percuma. masyaAllah. Kawan CL kata, syaitan ni bijak dan sangat halus. Maka fahamlah CL ketika CL nak bertanya satu hal yang penting (bukan bertanya khabar), dia tidak reply mesej CL. mungkin takut ikhtilat yang dijaga rapi tadi, tercemar sedikit. Terima kasih brother. :)  saya tidak marah, bahkan saya meraikan cara awak.
Hari ini juga sangat indah, CL berjaya solat Subuh. Permulaan hari yang baik. Dalam baik-baik, ada juga sedihnya. Pengakuan seorang kawan bahawa dia seorang orang (ayat sastera) yang clubbing. CL senyum, tak mampu nak berkata lebih-lebih ketika dia berkata " I tak minum tau, I ambil yang non-alcoholic". Baru sikit CL berkata, " Nanti, kalau Amal post satu cerita kat FB, awak baca ye? ceritanya seronok dan comel sangat". Dia balas " Aduh...nak kena lecture lah ni, I pun baca iluvislam tau?" Lebih kurang beginilah jawapan yang CL rasa menampar pipi. Cepat2 CL kata bukan. Tapi,bila diminta ciri2 wanita idaman, isteri yang ingin dimiliki, tak mahu pulak yang kaki clubbing. hmm...semoga Allah membuka hatimu, kawanku. Nak berhibur itu boleh, Islam BUKANlah agama yang tidak membenarkan penganutnya tersenyum gembira, malah senyuman itu dianggap sedekah. Tapi, ada caranya. Membaca Quran pun boleh terhibur jiwa. Cubalah, ambil tafsir dan hayati maksudnya. InsyaAllah. Pastikan dimulakan dengan hati yang tenang, bukan terpaksa. 
Allah ada berfirman dalam surat cinta Ar Ra'du ayat yang ke 28, mafhumnya, " Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang". Sadaqallahul 'azim..
Jadi? Apa perlu kaki ini kita jejakkan ke tempat maksiat, untuk membuang masa, dimana tempat itu menjadi tempat syaitan bersuka ria, ibu segala kejahatan ada merata-rata? muzik melalaikan menggigit telinga?lelaki dan perempuan bergelumang dosa? Astaghfirullah..CL ini bukanlah nak menunjuk diri ini baik, tapi segala apa yang CL tulis dalam blog ini sebagai peringatan untuk CL sendiri. Jika ada kawan2 yang terasa, maafkanlah.
Keduanya, air mata CL mengalir lagi. Deras amat. Bukan sebab dibuli ataupun dimarahi. Tapi rasa terhina. Siapa yang menghina CL? anda kenal dia..Nama dia LINA AMALINA MAULAD NOORHAN. Dialah si diri ini. CL rasa hina apabila dipaparkan satu video yang menunjukkan betapa kasihnya Rasulullah s.a.w pada kita. Rasa tidak layak pulak untuk dikasihi sedemikian rupa. Rasa tidak layak untuk menjadi ummat insan mulia. Namun, setinggi2 syukur CL kepada kekasih yang AMAT SANGAT CL cinta, walaupun ada orang ketiga yang cemburu. SYAITAN memang cukup cemburu dengan kita apabila kita mencintai Allah..semua sudah tahu, syaitan itu dah berjanji bahawa mereka akan menyesatkan kita. maka, hati-hatilah dengan kehidupan dunia yang sementara wahai Amalina, wahai rakan2 sekalian. sampai disini dahulu, ingat, sedangkan kelapa yang muda boleh gugur, inikan pula kita, mati itu adalah benda yang paling dekat. Wallahua'lam.



MAKA, APAKAH BALASAN KITA UNTUK KASIH SAYANG BAGINDA?

No comments: