Friday, March 25, 2011

On Air di Konti Radio

Salam cinta, salam mahabbah. Kabare? hehe.. kaifa halukum? ni hao ma? Semoga yang membaca dan yang menulis sentiasa dibawah rahmat Allah. Hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari. Semalam, hari Khamis, hari yang istimewa yang Allah dah specific kan untuk sesiapa yang ingin berpuasa sunat. (bole kurus badan).
Apa ye nak cerita hari ini? tidak la banyak, tapi insyaAllah ada. Hari2 yang kita lalui, Allah tempuhkan kita dengan bermacam perkara untuk kita belajar tentang kehidupan dan apa itu dunia sebenarnya.
Hari Khamis, CL berpuasa. Alhamdulillah, sukses. Seronok CL. Bukan senang nak tahan godaan. Tengok kanan, orang makan roti sosej, tengok kiri, laksa Penang kaw2, tengok atas? nampak langit la..hahaha...
Petang tadi ( hari Khamis) sebelum ke kelas Ethics jam 5, CL on air. terkejut kan? macam mana pulak CL boleh on air dekat IIUM.FM? CL jadi panelis jemputan. Kepada sesiapa yang mendengar talkshow jam 4 petang, insyaAllah, dapatlah dia menangkap suara merdu CL (ahaks!) Jangan riak lah Amalina. CL dan 2 orang lagi panelis membincangkan tentang topik " Cleanliness in IIUM". naaa..topik skema. tak apelah, janji dapat on air. Peluang pun datang sekali je seumur hidup.Kan? lagi2, CL majoring Psychology, memang tidaklah namanya kalau menjadi Deejay. CL sebenarnya telah dijemput untuk menjadi panelis dalam talkshow English ni dua minggu lepas. Terkejut jugak. Ape2pun, alhamdulillah, semuanya selesai.
Semasa dalam konti, banyak jugak benda yang CL nampak. mikrofon, headfon, table county, macam2. Baru la CL tahu, rupa2nye, dalam konti tu bukan DJ je, tapi ade orang yang tolong jaga masa, orang yang tolong check mikrofon, recording machine. Seronok. Program CL tadi disiarkan secara hidup-hidup@ live. hehe.
Tengah dalam talkshow tu, ada jugak la beberapa perkara yang kurang seronok. Apa dia? Yela, bila kita bercakap tentang kebersihan universiti, semua orang nak lepas tangan, panel ni salahkan pihak autoriti, panel ni kata BRC yang bertanggungjawab. Paling tak best, bila ada yang kata, foreigner semuanya pengotor. Ish.. tak baik la macam tu. Bila CL bidas balik, baru sedar. Bukan CL nak tunjuk CL ni baik, hebat. taklah. Tapi, jangan suka mencari kesalahan orang lain. Why not we see ourselves at first? Hebat sangat ke kita ni? Baik sangat ke? Kesian orang yang tak bersalah pun terlibat sekali. To all listeners, I apologized if some of u  might get offended with our statement. It will not happen again, insyaAllah. 
CL nak kongsi satu petikan kata2 yang diucapkan oleh Saidina 'Umar r.a :

Haasibu anfusakum qabla an tuhaasibu. maksud? hitung/ hisablah diri kamu sebelum kamu menghitung/menghisab orang lain. :)

Oh ye, balik dari studio IIUM.FM (your campus radio), CL pergi ke kelas macam biasa. Lepas tu, masuk Maghrib, CL buka. Rezeki hari ini, kebab ayam mix dengan keropok lekor Kak Liza..hehe. nak dekat2 pukul dua pagi, CL lapar balik. CL buat air Milo 0 celup dengan biskut kering, biskut Tiger, Oreo dan segala macam biskut. Alhamdulillah. CL tak makan sorang2 tau? CL bukan tamak, CL berkongsi dengan kak Naimah, kakak senior yang CL anggap macam kakak sendiri. Kesian dia kena layan CL bercerita pasal haiwan2 domestik dan paus. Maaf kak. Akak tetap best lah boleh layan cerita National Geography Amal sampai pukul 3. 
Eh...dah lebih had dah ni. Kesian awak kena baca tulisan saya panjang2. Mesti awak penat kan? Tak ape, sampai sini dulu ye? Mmuuah.. sayang awak kerana Allah. Wassaalam. :)

DJ Hidayah
My seat , My mic
Cik Lina with Sister Zul @ Pro Dj & Technician
Panelist 2
Panelist 1
With the respective lect, Mr. Johani, senior set-up man for IKIM.FM

Mr. Johanni Salleh (not sure about his name :P)
long live IIUM.FM
CL & DJ
CL at the county
Milo 0 kaw2 with biscuits

Kak Naimah, sweet sporting sister. Goodnight, Assalamualaikum :)



1 comment:

Cik Lina said...

sesiapa nak komen, komen diatas ye?